Wednesday, May 13, 2020
Siri 4 : Michel Foucault
Siri 4 : Sembang-sembang Discourse
Pada awalnya, cara saya memahami Discourse adalah begini. Saya baca surat khabar. Biasanya mata kita semua akan tertumpu kepada tajuk berita. Dan kita rasa dengan tajuk berita sudah cukup untuk menceritakan tentang keseluruhan topik yang ingin disampaikan. Dengan pengaruh topik berita tersebut, maka ia membentuk pemikiran manusia cenderung ke arah yang ingin dibawa oleh penulis berita. Kemudian, ia mempengaruhi ramai orang dan menimbulkan sentimen dan membawa khabar angin mengenai perubahan polisi dan dasar kerajaan. Saya akan berpegang dengan itu dan akan memperbaikinya dengan pembacaan terhadap Discourse ini agar memperbetulkan yang mana silap.
Straight to the point, Discourse membantu mengenal pasti retorik manusia, berdasarkan pembacaan setakat ini, Foucault tidak membicarakan mengenai istilah retorik secara langsung.
Mungkin salah faham dari segi konsep, mungkin kurang tepat, atau mungkin secara total ia adalah salah.
Kenapa perlunya mempelajari Discourse? Mempelajari Discourse mempunyai pelbagai kebaikan, lagi-lagi ia adalah alat untuk memahami apa yang dipertuturkan oleh manusia secara tersurat dan tersirat. Adalah amat sukar untuk kita berjumpa dengan orang yang jujur dalam berbicara mengenai perjuangan rakyat sehinggakan kepada membentuk suatu dasar kerajaan mahupun antarabangsa. Oleh itu, ia adalah suatu cadang ilmu yang jika dikuasai kita dapat membantu sedikit sebanyak menstabilkan keadaan politik, seterusnya ekonomi dan sosial di peringkat mikro sehingga makro.
Cuba kita perhatikan isu Covid -19 ini, apa sebenarnya Discourse isu ini? Dimana punca sejarahnya? Bagaimana kita ingin mengharungi dengan selamat? Siapa benar dan siapa salah? Dan dimana solusinya? Untuk pengetahuan, Foucault banyak juga menulis buku-buku yang berkaitan dengan isu kesihatan yang mempunyai kaitan dengan ekonomi.
Discourse yang diistilahkan oleh Foucault merujuk kepada cara membentuk ilmu, ia datang bersama dengan praktis sosial. Ia subjetif dan ada hubungan kuasa. Tapi tidak disedari. Discourse membentuk sifat tubuh, sifat minda, dan emosi dalam kehidupan, secara sedar atau tidak sedar, terhadap subjek yang mereka mahu tadbir/ kuasai. Jadinya, bila ada pembentukan kuasa yang berlegar di ruang sosial, sudah tentu akan ada strategi dominasi dan juga penentangan/ resistance.
Regarding to quote Foucault, where there is power, there is resistance.
Tapi, power semata tak boleh berdiri sendiri apatah lagi gerakan penentangan/resistance.
Untuk memahaminya, kita kena selak sejarah. Bukan sejarah secara literal atau tradisinya.
Foucault amat menjiwai sejarah, apa yang disebutnya sebagai “archaeology” atau “genealogy” oleh penghasilan ilmu. Maksudnya, dia melihat kesinambungan dan ketidaksinambungan antara epistemilogi, konteks sosial, dimana ilmu dan amalan muncul sebagai dibenarkan, diinginkan atau mahu diubahkan. Inilah yang dimaksudkan oleh Foucault mengenai Knowledge is power.
Sampai sini sahaja, penulisan kemudian kita akan pergi satu persatu kepada contoh-contoh yang relevan.
sumber : https://www.massey.ac.nz/~alock/theory/foucault.htm
14 Mei 2020. 12.39pm
Tuesday, May 12, 2020
Siri 3 : Michel Foucault
Siri 3 : Pengenalan kepada idea dan kerangka Foucault mengenai "Discourse"
Menerusi penulisan siri ke 3, kita ingin memahami kerangka Foucault mengenai Discourse dalam bahasa falsafah, bukan secara literal ataupun terjemahan langsung dari kamus.
Discourse merupakan cara tertentu untuk bercakap.
Discourse merupakan satu sistem sosial yang menentukan segala kemungkinan pernyataan yang boleh dibentuk dalam bidang tentu dalam momen sejarah tertentu.
Discourse membentuk suatu perkara yang ia gambarkan.
Discourse bukan sekadar ucapan, bahasa, dan perwakilan.
Discourse bukan suatu bentuk sekolah pemikiran, bukan dibentuk dari ekspresi individu.
Discourse merangkumi
1. apa yang dikira sebagai topik?
2. siapa yang boleh bercakap dan bagaimana kita interpretasi apa yang mereka cakap?
3. macam mana kita tahu apa yang kita tahu
4. apa yang diambil kira sebagai kebenaran?
5. Apa yang telah dilakukan oleh discourse?
6. Bagaimana discourse boleh mengubah dunia?
Apa yang dapat difahami adalah Discourse tidak berdiri dengan hanya pemahaman dalam amalan bahasa dan pengucapan dalam politik, ia tidak akan mengubah manusia dengan sendiri. Discourse hadir dengan set praktikal yang menyokong dan merealisasikan makna Discourse itu sendiri.
sumber : https://www.youtube.com/watch?v=kQTO9tKBNLQ
https://foucaultsrhetoric.weebly.com/theory-of-rhetoric-discourse.html
13 Mei 2020. 8.54am.
Monday, May 11, 2020
Siri 2 : Michel Foucault
Siri 2 : Idea Foucault mengenai pemerintahan moden.
Menurut Foucault, pemerintahan zaman moden mempunyai 2 ciri utama.
1. Perkembangan negara moden dicirikan oleh pemusatan kekuatan politik, iaitu sebuah negara berpusat dengan pentadbiran dan birokrasi yang teratur.
2. Negara moden juga dicirikan oleh kekuatan individualisasi. Ini adalah kekuatan yang bergantung pada pengetahuan individu mengenai kehidupan seseorang.
Huraiannya, negara moden yang mahu berkembang memerlukan kepada perkembangan apa yang dikatakan sebagai teknologi dalam istilah kuasa. Aturan tingkah laku manusia dalam kehidupan seharian mempunyai campur tangan kuasa politik dan birokrasi seperti contoh, diet, kesihatan mental dan amalan seksual.
Contoh isu sekarang ialah Covid-19. Saya nak tanya jika anda semua adakah berani melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini? Kita tak boleh sangkal arahan daripada pihak kerajaan sekarang dimana arahan pihak berkuasa adalah rakyat perlu patuh kepada PKP. Dan boleh dilihat rakyat memainkan peranan yang baik sebanyak 95% hingga 97% rakyat Malaysia patuh kepada PKP. Cuba kita lihat antara Malaysia dengan Itali dalam respond kepada isu ini. Persoalan saya, dimanakah modennya Itali ini?
sumber : https://plato.stanford.edu/entries/foucault/
12 Mei 2020. 9.50am
Sunday, May 10, 2020
Siri 1 : Michel Foucault
Siri 1 : Siapa Michael Foucault? Berikut merupakan biodata ringkas mengenai Foucault.
Foucault dilahirkan di Poitires, Perancis pada tahun 1926.
Foucault bukan seorang ahli Sosiologi, beliau merupakan tokoh falsafah, sejarawan dan juga cenderung kepada sains politik.
Foucault sangat aktif dalam bidang politik.
Lewat umur 40-an, Foucault mengasaskan kumpulan “Groupe d`information sur les prisons”. Foucault perjuangkan golongan kumpulan yang tertindas, rakyat miskin, atau dengan erti kata yang lebih mudah difahami dalam bahasa falsafah adalah golongan proletariat.
Foucault merupakan seorang Professor di Universiti Perancis, jawatan terakhirnya sebagai Professor Sejarah Sistem Pemikiran sehingga akhir hayatnya.
Foucault meninggal dunia pada tahun 1984. Pada waktu itu beliau berumur 58 tahun.
sumber : https://plato.stanford.edu/entries/foucault/
Saturday, May 9, 2020
Sikap malas dan cuai memangsakan makhluk lain
hari ini saya ke sebuah pasaraya. saya parking di area parking lot berbumbung. lepas saya tarik brek kereta, saya rehat sekejap. saya terlihat sebuah kereta dengan seorang wanita. wanita tu sedang sibuk angkat barang-barang ke bonet. biasanya, kita kalau kita sibuk mengangkat barang-barang, kita leka akan melihat persekitaran, dan kurang peka kepada bunyi. kita tahu kita nak cepat sahaja. tahu tak dalam leka kita tu, waktu kita mengundurkan atau menggerakkan kereta kita, ada seekor kucing di bawah kereta kita.
kucing adalah makhluk yang kalau kita lihat muka dia kita rasa ceria dan dia pun ceria, tapi sebaliknya dia adalah kerdil, lemah, dan kalau dia sakit dia suka menyendiri. tapi hati dia tu tuhan ja tahu betapa dia perlukan bantuan sekeliling iaitu dari manusia.
pengajarannya, janganlah kerana leka kita, cuai kita menyebabkan yang lain disakiti bahkan terkorban.
kucing tu digilis oleh pemandu kereta tersebut dan dia meronta-ronta. saya yang tak berapa pasti cuba menajamkan mata saya dan memang betul ia adalah seekor kucing.
saya pun tak berani mendekati. kalau diikutkan hati saya nak bawa balik tapi sebab sekarang saya berada di kawasan awam. kebersihan saya kena fikir. kalau saya bawa balik saya kena jawab dengan family. dirumah ada orang tua. keadaan pun ada wabak sekarang.
saya pernah mempunyai pengalaman saya sendiri yang menjadikan pengajaran dan membuatkan agar saya tidak mudah-mudahnya menjadi PEMALAS untuk check sekeliling kereta saya. waktu saya jalan bawa kereta ke suatu tempat, saya lalu jalan kampung dan situ agak jem sebab waktu orang nak balik kerja dan mereka tak gunakan highway. saya rasanya perasan ada seekor anjing melintas kereta saya tapi saya tak sure samada dia di bawah kereta lagi ataupun sudah bergerak. rupanya bila saya gerakkan kereta, saya terdengar anak anjing tu meronta-ronta. saya panik tapi saya perlu teruskan jalan. Alhamdulillah rasanya belakang kereta saya ada pemandunya turun dan setidaknya alihkan anak anjing tersebut ke tepi. taubat saya bukan kepalang.
selepas dari insiden itu, saya selalu check kereta saya setiap kali nak gerakkan kereta. saya biarkan kereta panas enjin dahulu, check bawah, tak salahkan kita menunduk check bawah, tak kotor mana pun, tak patah pun tulang-tulang kita ni, dari kita memangsakan mahkluk yang tak berdosa.
berkat dari kejadian malang dan peka, suatu hari waktu saya nak balik dari kerja, saya singgah beli pizza. saya makan dalam kereta, saya biarkan enjin dan aircond terpasang. memang tabiat saya macam tu sebab waktu macam ni kalau kita take rest, macam-macam perkara datang tak diduga. waktu saya makan, saya terdengar suara kucing. saya kuat hati kata ini suara kucing dan maybe anak kucing sebab halus suaranya. saya tunduk sikit and yes its a cute cat ! saya fikir dia sesat. saya terus ambil dan bawa balik. my mother said, pergi hantar balik cari mak dia. i go back try to cari mak dia, rasanya saya jumpa tapi sebab saya sayang kucing ni, kalau saya biarkan saya risau perkara buruk jadi kepada dia, sebab dia senang merayau.
my mother selalu kata, kesian kokom (nama kucing ni) kena pisah dengan mak dia. tapi saya dalam hati saya kata, daripada dia mati digilis kereta orang sibuk balik kerja, setidaknya biarlah dia mati dalam sangkar elok2. kita bagi makan, bagi ubat, jaga dia sebaiknya. janganlah mati kemalangan macam tu. tak sampai hati nak kenangkan perkara buruk macam tu. kita sakit, dia bertambahlah sakit. dia menjerit pun manusia tak dengar. dia pun tak mampu jerit. kokom saya baru mati beberapa hari yang lalu. she refuse to eat food. dia menolaknya syringe ubat sampai terpelanting. saya nak bagi makan dia tolak macam nak bagi racun kat dia. tapi takpala, setidaknya saya tak gilis dia. cukup 2 tahun dia dengan kami.
last part is, before this saya ada seekor kucing kesayangan saya juga, namanya anje. anje ni memang manja sangat. saya panggil dia pondan. sihat tubuh badan tengah sedap membesar gemuk. tapi sayang satu pagi hari, biasanya kalau kami lepaskan mereka (kucing-kucing) setiap pagi, mereka akan exercise dan memburai (berak) dulu. kemudian baru makan pagi. kami panggil panggil, anje je tak datang. saya tengah sibuk siap-siap nak pergi kerja. rupanya, anje mati orang langgar dia. saya betul-betul marah dengan orang yang CUAI begini. kesian kucing saya. seminggu saya diam tak bercakap dengan emak.
takdir is takdir. tapi jangan bagi alasan takdir untuk terus menjadi pemalas dan cuai. begitulah dalam kehidupan kita. jangan disebabkan sikap kita yang tak baik, memangsakan dan menyusahkan makhluk lain. jangan pentingkan diri sendiri. sepatutnya, kita bersifat melindungi, bukan menyeksa dan membunuh sesuka hati.
9 Mei 2020. 9.05pm
Subscribe to:
Posts (Atom)
Contribution of Michel Foucault works on post-modernism.
Contribution of Michel Foucault works on post-modernism. Foucault is the French philosophers and his works against traditional way, taboo a...

-
Student movements rountable discussion post Covid-19 20th May 2023, the round table student event takes place among Universiti Malaya (UM) ...
-
Huruf Arab sejarahnya dahulu adalah sebuah tulisan yang tanpa ada sebarang titik. Terdapat sejarah pada zaman Saidina Usman ra. Kisahnya ant...
-
Assalamualaikum wr wbt dan selamat sejahtera. Drama Ironi Kasih (15 episod) mengisahkan tentang seorang gadis sunti (Kasih) yang pada awaln...